Kesilapan Oleh Usahawan MLM Dan Kesilapan Oleh Mereka Yang Benci, Tak Tahu atau Tak Faham MLM


Ni antara serba sedikit psal topik kali ini...

sje je nk kogsi2....

mne la tau klu ade spe2 terbuka ati..

pape nk wat pon xpe...

just korang kne ade PLAN B..

dlu maira dh ckap psal PLan B..


Kesilapan Oleh Usahawan MLM

1. MLM adalah Jualan Langsung (atau “Direct Selling”).

Tak tahulah kenapa, tetapi saya terkejut bila suatu hari saya mendapat panggilan talipon daripada seorang penggiat (usahawan?) MLM yang mempunyai beberapa tahun pengalaman di dalam MLM.
Segala perbualan berjalan lancar dan saya menyatakan yang saya menjalankan perniagaan MLM… bukannya direct selling.
“Alah… direct selling, MLM tu sama la…”
Hmmm… saya terkejut kerana kenyataan ini bukanlah datangnya daripada seseorang yang baru di dalam industri ini tetapi mungkin seorang pemimpin MLM di dalam syarikat beliau. Terfikir juga saya… apakah yang diajar oleh beliau kepada kumpulan MLM beliau?… direct selling? Atau MLM?... dan tergerak juga saya untuk menerangkan perbezaan direct selling dengan MLM… tetapi masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian.
Walaupun saya tahu jualan langsung boleh dilakukan di dalam MLM, tetapi saya kecewa kerana ramai usahawan MLM masih lagi silap dengan konsep direct selling dan MLM. Dan, paling sedihnya… orang ramai pun secara tidak langsung diajar yang MLM adalah direct selling, dan direct selling adalah MLM.

2. Masih Mempunyai Mentaliti Cepat Kaya.

Disebabkan pemimpin MLM anda menjadi jutawan dalam masa 6 bulan, tak semestinya semua orang boleh menjadi jutawan MLM selepas 6 bulan menyertainya…
Terlalu banyak iklan yang menjanjikan bulan dan bintang… namun semuanya tak kesampaian… ini berkait rapat dengan pengiklanan “perniagaan yang senang”, “tak perlu menaja orang”, “kami akan membina downline anda” dan banyak lagi…
Fikirkan dengan logik akal… kalau dalam masa 6 bulan, majoriti usahawan MLM boleh menjadi jutawan, mungkin tak ada lagi yang akan sanggup buat kerja lain… selain MLM.
Memang benar… adalah menarik kepada prospek anda jika diklankan sesebuah perniagaan yang menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat… tetapi adakah mereka prospek yang anda cari?
Jika mereka sertai anda pun, berapa lama mereka akan bersama anda?... sebelum mereka tersedar yang MLM juga memerlukan usaha untuk berjaya dan di sinilah mereka akan merasa tertipu… tak lama selepas itu, mereka pun tidak percayakan perniagaan MLM lagi…
Ketahuilah, secara purata, ianya mengambil masa beberapa tahun untuk seseorang usahawan MLM untuk berjaya… bukannya sekelip mata.

3. Pelan pemasaran (marketing plan) yang salah.

Terus terang saya katakan yang tak semua pelan pemasaran sesuai untuk dilakukan secara sambilan atau boleh memberikan anda satu pendapatan yang boleh digunakan untuk persaraan.
Maksud saya, ada pelan pemasaran yang memerlukan anda terus-menerus menaja ahli baru… ada pelan pemasaran yang memerlukan anda membuat jualan yang ditetapkan untuk terus kekal pada status “Gold”, “Diamond”, “Diretor” atau apa-apa pangkat MLM yang anda perolehi... jika tidak, pangkat anda akan diturunkan.
Jika ini berlaku, bagaimana anda boleh membina perniagaan MLM anda, berhenti melakukannya dan terus mendapatkan komisyennya terus-menerus? Tidak, bukan?
Oleh itu, fahami pelan pemasaran anda dengan betul. Anda mungkin menjadi mangsa pelan pemasaran yang salah.
[nota] Sekarang, sudah banyak pelan pemasaran yang sesuai untuk usahawan MLM separuh masa, dan sesuai untuk dijadikan pelan persaraan seperti Score A Programme yang berstatus Syariah Compliance

Kesilapan Oleh Mereka Yang Benci, Tak Tahu atau Tak Faham MLM


Npe benci??sbenarnye sbab korang xtau.

patut amik tau psal sesuatu 2..

bwu la leh x ske..or ske...

Pape pon kite leh nilai sendiri bwuk baek semua

perkara..

sbab ape??

sbab kite ade akal fikiran boleh pikir kan...

1. MLM adalah untuk DUIT semata-mata.
Adakah kejayaan MLM hanya diukur dengan wang ringgit?Pastinya sudah menjadi kebiasaan bila mendengar… “Dia join MLM tapi tak dapat satu sen pun”… tetapi kenapa mereka tidak melihat produk syarikat MLM itu sendiri?
Saya akui yang saya juga ada menggunakan produk MLM yang di mana saya tidak melakukan penajaan ke dalam syarikat MLM tersebut. Adakah saya dikatakan gagal di dalam MLM? Tak semestinya… saya mungkin adalah satu di antara ribuan lagi pengguna yang gembira dengan produk MLM yang saya gunakan. Adakah ribuan pengedar yang saya nyatakan sebentar tadi juga gagal? Tak semestinya, bukan?
Tetapi, kalau ada seorang sahaja yang sertai MLM semata-mata kerana wang dan tak dapat memperolehi satu sen pun dalam masa 3 bulan… dan beliau mula bercakap negatif mengenai MLM… wah… beritanya bagaikan goreng pisang… “Jangan masuk MLM… penipu… tak dapat duit” dan bermacam-macam lagi.
Fikirkan sejenak… kalau anda sertai untuk duit semata-mata… carilah skim pyramid yang diiktiraf oleh kerajaan (jika ada). Kalau tidak, lihatlah MLM lebih daripada mengaut keuntungan dari segi kewangan semata-mata.
Klu… syarikat MLM mempunyai produk. Adakah anda akan menggunakan produk MLM tersebut sekiranya tiada pelan pemasaran bersamanya?

2. Tak Faham MLM dan tak Mahu Usaha untuk Memahaminya.

Memang mudah untuk membuat andaian itu dan ini… termasuklah membuat penghakiman seperti MLM adalah “low class”, MLM tak bagus, MLM cuma untuk orang yang tak ada kerja… dan banyak lagi.
Tetapi, berapa banyakkah yang betul-betul membuat penyelidikan mengenai MLM sebelum mereka membuat rumusan itu dan ini?
Ada yang tak pernah pun menyertai MLM tetapi kalau cakap pasal MLM, memang nampak macam pakar… alasan, “saya dengar itu… saya dengar ini”… tetapi kenapa jadi begitu… kenapa jadi begini tak pulak diketahui…
Saya cabar orang sebegini untuk
… melihat video “Brilliant Compensation” dari Tim Sales dan video “The Secret”.
… membaca buku “The Parable Of The Pipeline” oleh Burke Hedges dan buku “Wang Dari Peti Surat” oleh Richard Brooke.
… dan mendengar rakaman audio “The Four-Year Career Plan” oleh Richard Brooke dan “Building Your Network Marketing Business” oleh Jim Rohn.
Kemudian, pelajari bagaimana pemimpin-pemimpin MLM yang “bertauliah” (berpengalaman) melakukan perniagaan ini. Ambil masa untuk belajar… baru boleh katakan MLM itu dan ini…

3. Siapa Sertai Dulu, Dia Yang Dapat Paling Banyak Duit.

Kalau skim piramid, mungkin andaian ini tepat tetapi jika anda katakan mengenai peluang MLM yang sebenarnya, anda akan selalu silap.
Apa yang anda perlu lakukan untuk membuktikannya ialah cuba selidik 2 hingga 3 atau setiap syarikat MLM yang anda tahu. Tanyakan kepada pengasas syarikat MLM tersebut 2 soalan ini.
1. “Berikan contoh beberapa pemimpin MLM baru yang anda cipta”.
2. “Berikan contoh beberapa orang pengedar yang mula-mula menyertai syarikat MLM ini, tetapi mereka sudah berhenti melakukannya tanpa mendapat apa-apa pulangan pun dari segi kewangan”.
Saya pasti… saya ulangi… saya pasti setiap syarikat MLM yang sudah lama bertapak di negara ini akan mempunyai pemimpin MLM yang menyertai syarikat mereka selepas ramai pengedar berhenti melakukan perniagaan MLM ini.
Bagaimana pula jika anda bandingkan mereka yang cuma menggunakan produk MLM dengan mereka yang melakukannya untuk menambahkan pendapatan mereka?
Saya pasti mereka menyertai syarikat MLM tersebut pada masa yang berbeza, dan ini bermakna yang tidak semestinya anda akan mendapat banyak duit jika menyertai sesebuah syarikat MLM pada awal penubuhannya.
Apa yang saya patut tekankan di sini ialah anda usaha, anda akan mendapat hasilnya… tak kira bila anda menyertai sesebuah syarikat MLM.
Baiklah…
Bukannya tujuan saya untuk menambahkan lagi perkara negatif mengenai MLM. Bukan juga tujuan saya untuk menyalahkan sesiapa… saya tahu yang saya juga mempunyai kelemahan dan kesilapan saya sendiri.
Tujuan saya ialah untuk mengingatkan saya, usahawan MLM yang lain dan juga bakal usahawan MLM di sana tentang apa yang MLM janjikan kepada semua orang. Terlalu banyak perkara negatif yang diperkatakan… masih terlalu kurang pemahaman mengenai MLM.
Marilah sama-sama kita pelajari apa itu MLM dan bagaimana ianya boleh mengubah hidup kita… sama ada melalui produknya… atau pun peluang pendapatannya…
Sekiranya anda ingin mengetahui MLM secara ringkas, bagaimana ianya berfungsi dan sekiranya ianya sesuai untuk anda, saya memang amat mensyorkan anda membaca “Wang Dari Peti Surat” (terjemahaman dari “Mailbox Money”).
Akhir kata… semoga apa yang saya kongsi bersama di sini memberikan manfaat kepada kita.

No comments: