Amalan Mandi Sunat Tidak Harus Dilupakan


      Salam semua readers dan followers.Hari ni aku nak berceloteh sedikit info buat perkongsian semua. MANDI SUNAT??korang tau tak??mesti ramai yang ambil mudah dan melupakannya. Firstly, mandi sunat ialah mandi yang membasahi rambut dan seluruh badan dan mandi sunat ini boleh dilakukan dalam beberapa keaadaan.

Mandi Pada Hari Jumaat

“menjadi tuntutan ke atas setiap Muslim untuk mandi pada hari jumaat,bersiwak(membersihkan gigi) dan menyapu wangian jika keluarganya memilikinya.”[Musnad Ahmad, no: 16398 dengan sanad yang sahih]”

     Berdasarkan hadis diatas kite dapat lihat kepentingan mandi sunat.Tempoh waktu mandi sunat pada hari  jumaat ialah dari masuknya waktu solat subuh sehingga sebelum masuknya waktu solat jumaat atau solat zohor. Kebanyakkan pengkaji berpendapat yang mandi sunat pada hari jumaat bagi lelaki adalah wajib manakala bagi perempuan adalah sunat. Buat pengetahuan korang semua jugak kalau telah mandi sunat pada hari jumaat tidak perlu lagi mandi sunat setiap tujuh hari kerana hari jumaat berlaku setiap tujuh hari.

Mandi Setiap Tujuh Hari

     Mandi sunat ni pulak maksudnya kite boleh mandi berapa kali sekalipon tanpa membasahkan semua anggota. Contohnya seperti mandi tidak membasahkan rambut tapi minimum sekali je la kite semua perlu membasahkan seluruh anggota badan. Semua nie kite dapat lihat dalam sabda Rasulullah:

Merupakan hak Allah atas setiap muslim untuk mandi pada setiap tujuh hari,dengan mencuci kepala dan seluruh badannya.”[Shahih Muslim,no 1402]

Mandi Pagi Hari Raya

       Korang semua selalu buat tak??rasenye mandi sunat hari raya je la yang selalu jadi amalan kite kan.Korang tahu tak disunatkan untuk mandi pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aindil Adha.Ni pulak kite boleh buktikan dengan jawapan daripada Ali bin Abi Thalib:

”Mandi pada hari Jumaat,hari Arafah,hari al-Nahr(aidil Adha) dan hari al-Fitri(Aidil Fitri).”[Musnad al-Syafie,no:114 dengan sanad yang sahih.

Mandi Selepas Sedar Dari Pengsan

      Sunat untuk mandi bagi orang yang baru sedar dari pengsan. Hal ini merujuk kepada tindakan Rasulullah yang pernah pengsan beberapa kali ketika baginda sakit dihujung hayatnya. 
Baginda pernah pengsan dan setiap kali sedar darinya,baginda akan mandi.[Shahih Bukhari,no 646]

Mandi Ihram

     Buat pengetahuan korang semua disunatkan sebelum seseorang memakai ihram iaitu bagi orang yang ingin melakukan ibadah haji dan umarah.Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa beliau”…melihat Nabi (memulakan)ihram dengan melepas pakaian baginda yang dijahit lalumandi.”[Shahih Sunan al-Tarmizi.no 830]

Mandi Sebelum memasuki kota Makkah

“Abdullah bin Umar al-Khattab tidak pernah memasuki Kota Makkah melainkan dia bermalam di tempat yang bernama Dzi Thuwa.Pada keesokkan harinya, dia mandi lalu memasuki Kota Makkah.Beliau menyandarkan perbuatannya kepada Rasulullah.[Shahih muslim.no 2207]

Mandi Setelah Memandikan Jenazah

Rasulullah bersabda;”Sesiapa yang memandikan maka  hendaklah dia mandai dan sesiapa yang membawa hendaklah dia berwuduk,yakni(memandikan dan membawa)mayat.”[Shahih Sunan al-tarmizi,no 993]

Mandi Apabila Mengulangi Hubungan Seks

      Ni penting buat semua pasangan suami isteri tau,apabila seorang suami mahu mengulangi hubungan seks dengan isterinya disunatkan baginya untuk mandi. Rasulullah pernah melakukannya dan apabila ditanya baginda menjawab: “Ini lebih baik dan suci.”[Shahih Sunan Abu Daud,no 219].Walaubagaimanapun baginda pernah mengulanginya tanpa mandi sunat[Shahih sunan al-Tarmizi].Bagi yang tidak mandi sunat dianjurkan supaya berwuduk apabila mengulangi seks[Shahih Sunan Abu Daud.no 220].Semua ini merujuk kepada amalan mandi sunat apabila mengulangi seks.Jika selesai seluruhnya hendaklah mandi wajib.

      Mandi sunat ini tak mempunyai niat yang khas tapi cukup memadai dimulakan dengan niat.Tidak perlu lafaz tertentu tapi cukup dengan korang tahu yang korang nak mandi sunat.Aku harap mandi sunat ini boleh lah kite same-same jadikan amalan.
Wasalam..


No comments: