Spagetti Bolognese & Manggo Lassi

Salam semua..nyum..nyum..jom masak-masak lak..ni pertama kali aku nak buat entry masak-masak ni.Jom kite masak spaghetti!..senang je kan??mesti ramai yang dah pandai tapi tak kurang ade yang tak tahu.Ok2..jom kite tgok bahan-bahan dan cara nak masak ye..
 

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan yang kite perlukan:

  • Daging cincang – 500g
  • Tomato puree – 1 Tin
  • Carrot – 1 batang
  • Bawang Besar – 3 biji
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Salery – 1 batang
  • Kiub ayam Maggie – 2 kiub
  • Lada putih – 1 sudu
  • Bay leaf/daun salam – 1 helai
  • Garam/gula – secukup rasa
  • Spaghetti – 1 bungkus
  • Minyak jagung – 2 sudu

Cara-cara nak buat plak ye..bace betul-betul ye semua..

  • -Mula-mula sekali korang celur atau rebus dulu spaghetti dalam air mendidih dan korang masukkan sikit garam dan minyak jagung(kalau takde minyak masak pon ok).Celur sampai lembut tau lepas tu korang tuskan la..
  • -untuk nak masak kuah die plak..mule2 korang masak daging dulu..setengah masak je ye dan tuskan selepas tu.
  • -Kite mulekan masak kuah spaghetti pulak..seperti biase la panaskan minyak…kemudian masukkan bawang putih yang dipotong kiub untuk tumiskan.Selepas tu plak korang masukkan tomato puree dan korang mask sampai pecah minyak seterusnya masukkan carrot dan salary.Masukkan pulak daging cincang tadi dan bay leaf/daun salam.Masukkan garam,gula dan kiub ayam.Last sekali korang masukkan la bawang besar yang dipotong kiub kemudian dimasak selama 10 minit.Kemudian padamkan api dan korang dah siap masak..hidangkanlah dengan spaghetti korang tadi ye..
Amacam??mudah je kan? So, boleh la korang masak kat rumah tu..okjom kite teruskan dengan hidangan air plak ye..


Manggo Lassi

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yogurt
  • Buah Mangga
  • Ais kiub
  • Air gula
Cara-cara nak buat pula:
  • -mule-mule korang kisar buah mangga dan korang masukkan yogurt.Selepas  tu masukkan air gula dan ais kemudian goncangkan.Ok siap la..mudah je..boleh la jamu selera bersama spaghetti.
Selamat mencube ye semua..mudah je nak buat spaghetti nie..lepas nie boleh la masak sendiri..saje je la nak kongsi dengan korang semua..
Wasalam

1 ulasan:

Datinrockers berkata...

mesti sedap..kena try untuk buka pose nie..