Alahai Lelaki...siapakah idaman hatiku??




hai korang...jom kite be sikit mengenai lelaki..so leh la buat panduan sikit-sikit...yang pompuan tu kalau dah pakwe korang tak suke macam tu jangan la buat..lelaki pon cube la memahami makwe korang..die bukan mengade tapi nak perhatian korang..hehehe...bagi yang dah kahwin lagi la penting...hope berkekalan semuanya..

*dr google

FAKTA MENGENAI LELAKI
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasihmereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibukdengan pekerjaan mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur,pasti mereka akan memikirkan mengenaiwanita yang merekabenar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, merekaakan mengabaikan semuakarakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuatseribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 
7. Lelaki sanggup melakukan apa sajauntuk mendapatkan perhatian daripadaseorang wanita.
8. Lelaki amat benciapabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelakimereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untukseminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka,ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akanmenangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka. 
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat,tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

so..renung-renungkan dan selamat beramal ye..



Setiap insan punya kelemahan dan kekurangan sendiri sungguhnya berpasangan itulah saling melengkapi untuk menyempurnakan segala kekurangan..
Sampai sini je celoteh aku ye...take care semua...nanti aku celoteh lagi ye..wasalam

5 comments:

~Nana BamBam~ said...

fakta yang menarik..tq for the facts :)

Norlida Ramli said...

terimalah seadanya..
semuanya punya keistimewaan yg tersendiri.
heheee :)

khairul said...

hmmmmmmmm

KizZ said...

Ihiiii...macam betul je nih...

Boyz_ed said...

MairaQueen ! Anda ditagged !

http://boyz-ed.blogspot.com/2011/12/giveaway-by-3xf-triple-f.html