Cinta Vs Jarak Jauh..

tertarik sgat dgan bende nie sba aq pon melaluinya...pe yg penting percaye dan redha dgan ketentuan Allah..bercintalah dgan diiringi doa...kerana hanya Allah yg menentukan..so korang bce lah sendiri..
so aq pon nk ikut tips nie..hope tip-tip ni jgak bergune buat korang semua..


Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.


Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?


Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.


Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Hensem Vs X Hensem..spe menang?teka2...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

secret of roses..

pnah x owang bg bunge kt korang?nk tau ape makne bilangan kutuman rose 2?


1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.
2 Roses
Two of us deeply in love.
3 Roses
I love you.
6 Roses
I want to be yours.
9 Roses
Love each other eternally.
11 Roses
You are the one I love most in my life.
12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.
13 Roses
Secret admirer.
24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).
33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.
36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.
44 Roses
Constant unchangeable pledge.
50 Roses
This is "Regretless Love".
56 Roses
My love.
66 Roses
Successful love affair.
99 Roses
Love with understanding makes love eternal.
100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.
101 Roses
No other love but you.
108 Roses
Please marry me!
111 Roses
Eternal love.
123 Roses
Free love.
144 Roses
Loving you day and night eternally.
365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.
999 Roses
Everlasting and eternal love.
1001 Roses
Faithful love, 'till forever
So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?

Harapanku kala ini....

Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, 

kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU,

 kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, 

dan

 masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..

TakuTnYe!!

lagi KETAKOTAN!!!!! HAA..TAKOT X?TAKOT X?



meneruskan ketakotan HAA..TAKOT X?TAKOT X? sebelum nih

GHAQHAGHAQHAGHAQHAGHA!!! (gelak takot)

moh kita kongsi-kongsi lagi jenih2 ketakotan yang sering menakotkan maknusia


takot no 5 : takot ujian (tertaphobia)
seringkali menghantui pelajar2 sekolah..UPSR (Ujian Paling `Susah` Rasanya..),PMR (Peperiksaan `Menakotkan` Remaja)  dan SPM (Soalan `Paling` Mencemuihkan)..tak terkecuali pelajar tahun petama universiti..naik second year final exam pon tak dapat masok..kdatangan tak cukop..hakhak




takot no 6 : takot angka (arithmophobia)
haa si penakot2 no. 5 akan automatiknya takot no. 6...
`brapa laa rezat aku??`..
`brapa laa rezat mmbe baik aku,atas aku kah..xley jadi..lau atas aku,aku tukaq mmbe baik lain..`..???...





takot no 7 : takot darah (hemaphobia)
suatu hari sepasang kekasih bedua-duaan di tepi tasik..hinggap seekor nyamuk di tangan si awek..si marka menampaq manja tangan awek itu,tepat ke nyamuk tesebut dengan niat menunjukkan beliau caring..
namun...si awek yang hemaphobia lantas lari meninggalkan beliau akibat takutkan darah..
padahal ciput sangat darah nyamuk tu haa
berakhir di situ kisah cinta depa..sob3..




takot no 8 : takot cabut gigi (odontophobia)
yg ni mesti ramai yang takot..bukan takat kanak2 tadika,nenek2 yg zaman depa takdak tadika pon takot menjadah ni...seram ceqq oi nengok doktor bawak merton(tukul),paku,gergaji malah gerudi untuk cabot gigi kita..`eiiyy tak kuase`..kata Usop si sotong.





teruskan mood TAKOT anda setiap kali membaca HAAA..TAKOT X?TAKOT X?

GHAQHAGHAQHAGHAGHA!!...uhuk3..(telajak gelak takot)