Rabu, Oktober 16

AWAS! BERWASPADA BELI TANAH LOT LIDI.

Assalamualaikum dan salam kenal semuanya. Artikel inj adalah perkongsian dari saya yang saya ambil dari group whatsapp dan bukan penulisan original daripada saya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penulis untuk ⓟⓔⓡⓚⓞⓝⓖⓢⓘⓐⓝ yang sangat bermanfaat.

Jom kita sama-sama baca dan fahami mengenai tanah lot lidi ini.

HATI-HATI BELI TANAH LOT LIDI
================================

   


1. Lot lidi ialah lot tanah yang asalnya mempunyai geran tanah yang sah tetapi kemudiannya dipecahkan kepada lot yang mempunyai saiz lebih kecil. Lot yang lebih kecil ini tidak mempunyai geran tanah secara individu.




2. Lot lidi mempunyai peminatnya atau pembelinya yang tersendiri dan ramai yang membeli lot lidi ini disebabkan harganya jauh lebih murah berbanding tanah yang mempunyai geran tanah individu.




3. Masalah paling utama lot lidi yang sering dihadapi oleh pembelinya ialah lot lidi tidak mempunyai geran atas nama individu. Geran yang ada hanyalah geran tanah asal sebelum tanah tersebut dipecahkan menjadi lot lidi.





4. Apabila sesuatu tanah itu tidak mempunyai gerannya sendiri, maka nama pembeli tanah lot lidi tidak terdapat pada geran. Sedangkan geran tanah adalah bukti sebenar yang menunjukkan siapa pemilik tanah tersebut.




5. Disebabkan nama pembeli tidak didaftarkan dalam geran maka tiada bukti yang menunjukkan telah berlaku pindah milik yang sah di antara penjual dan pembeli tanah terlibat.




6. Seringkali berlaku, disebabkan oleh tiada nama pembeli yang dapat didaftarkan mengikut undang-undang, maka pembeli sering terperangkap dengan penipuan dan pelbagai masalah kemudiannya.




7. Lot lidi juga tidak diterima oleh pihak bank jika sekiranya pembeli ingin mendapatkan pembiayaan atau kemudahan kewangan yg ditawarkan oleh bank.

8. Sering terjadi, pembeli ditunjukkan tanah yang berbeza dengan tanah sebenar. Malah kedudukan dan sempadan sebenar tanah terlibat juga tidak ditentukan dengan tepat dan sah di sisi undang-undang.

9. Apabila pembeli lot lidi meninggal dunia, waris akan berhadapan dengan masalah sewaktu proses pembahagian pusaka



10. Kebiasaannya, lot lidi adalah tanah pertanian. Maka menjadi suatu kesalahan untuk membina rumah kediaman di atasnya.

11. Apabila kerajaan mengambil alih tanah berkenaan (land acquisition) bayaran pampasan adalah diberi kepada pemilik yg namanya tertera dalam geran. Bukannya pemilik lot lidi. Pemilik lot lidi terpaksa berurusan dengan penjual atau pemilik asal untuk mendapatkan pampasan tersebut.

12. Kerap kali juga berlaku, penjual bukanlah pemilik sebenar tanah tersebut. Maka wang yang telah dibayar hangus begitu sahaja. Tanah tetap milik orang.


#SayaShare
#TipsHartanah

✅FB PAGE : Maira Umairah
More Info

💥SHARE JIKA BERMANFAAT

Klik Link Untuk Tahu Lebih Mendalam Tentang Bisnes + Kewangan+Hartanah
👉🏻 https://t.me/MairaUmairah

Tiada ulasan:

MASALAH NAK BUAT KERTAS KERJA/ASIGNMENT??

Assalamualaikum & salam sejahtera... 😰Anda runsing dan tidak sempat nak buat assignment/thesis/proposal/resume/slide present...