Naluri ibu...Renungkan lah..


Bertapa besarnya kasih ibu...kt cni kita leh lihat kuatnya naluri ibu...
so bce la kt bwah nie...rindu ibu x kesampaian..
sedih...

Rindu Seorang ibu..

PUCHONG: Rasa rindu seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu, apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.

Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, ibu berkenaan, Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31, pulang awal ke rumah untuk mengambil anak bongsunya, Nur Shazwani Izni Mazlan berusia lima bulan kerana berasa terlalu rindu untuk memeluk dan menciumnya.

Menurutnya, pada kebiasaannya, dia pulang kira-kira jam 7.40 malam, namun pada hari kematian anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana perasaan rindu terhadap anaknya itu terlalu kuat.


“Saya tidak menyangka perasaan rindu kepada anak bongsu pada hari kejadian terpaksa saya tanggung buat selama-lamanya apabila dia kini sudah tiada.


“Lebih menyedihkan saya tidak dapat bersama ketika saat akhirnya, malah tidak menyangka anak saya maut akibat makanan yang diberikan,” katanya.

Cerita facebook!!!Wanita dagang 7 pelajar di Facebook


Facebook..Facebook...
Takutnye!!!

Wanita dagang 7 pelajar di Facebook

JAKARTA: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki menjadi ibu ayam kepada tujuh pelajar sekolah melalui Facebook, kata polis, semalam.

Pegawai polis Jakarta Selatan, Yoyon Toni Saputra, berkata wanita itu dikenali sebagai Dede, 28, diberkas pada Isnin lalu.


“Dia dipercayai bergiat dalam bisnes pelacuran selama dua tahun,” katanya.

Menetap di Manggarai, Jakarta Selatan, Dede didakwa melatih ramai anak jirannya menjadi pelacur dan menggunakan Facebook untuk mencari pelanggan.


Kata Yoyon, semua pelacur itu berusia di antara 13 dan 16 tahun dan dilanggan pada harga RM680 seorang.


Katanya, Dede menghantar pelajar terbabit ke mana saja diminta pelanggan sebaik saja persetujuan dicapai.

Kegiatan Dede terbongkar selepas seorang guru memeriksa akaun Facebook seorang pelajarnya. Dia kemudian memaklumkan penemuan itu kepada bapa pelajar terbabit sebelum polis dihubungi untuk membolehkan tindakan selanjutnya diambil. - JP

Seram!!Aaarggh!!

Seram aq bc nie...twuk penangih yg menagih 2 ye..
sampai dadah dgan abu mayat!!!
dasyat2!!
macm cite skrg nie!!

MIAMI: Beberapa pencuri menghidu abu mayat seorang lelaki dan dua anjing yang disangka mereka adalah dadah, kata jurucakap polis daerah Marion, Florida, Judge Cochran, semalam.

Abu itu dicuri dari kediaman seorang wanita di Silver Springs Shores, bandar di tengah Florida pada 15 Disember lalu.


Pencuri itu mengambil pasu hiasan yang mengandungi abu bapa wanita itu dan satu lagi bekas mengandungi abu dua anjing peliharaannya. Mereka turut melarikan peralatan elektrik dan barang kemas.

Polis mendapat tahu mengenai abu itu selepas menahan lima remaja yang mempunyai kaitan dengan percubaan memecah masuk sebuah kediaman berdekatan minggu lalu.


“Suspek menyangka abu itu kokain atau heroin lalu menghidunya,” katanya. - Reuters

Cucu Tendang atuk sampai MATI!!kerana RM 100


Paper arini..patut ke x???
twuk btul...pe nk jd la...
so jgan la kite jd owang yg mcm nie..
jdkan pengajaran ye...
bce nie...

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.

Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.

“Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.

“Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.

“Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.


“Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sudah menahan suspek beberapa hari lalu.

“Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.


Sumber Harian Metro
Khamis,20 Januari 2011

Kesilapan Oleh Usahawan MLM Dan Kesilapan Oleh Mereka Yang Benci, Tak Tahu atau Tak Faham MLM


Ni antara serba sedikit psal topik kali ini...

sje je nk kogsi2....

mne la tau klu ade spe2 terbuka ati..

pape nk wat pon xpe...

just korang kne ade PLAN B..

dlu maira dh ckap psal PLan B..


Kesilapan Oleh Usahawan MLM

1. MLM adalah Jualan Langsung (atau “Direct Selling”).

Tak tahulah kenapa, tetapi saya terkejut bila suatu hari saya mendapat panggilan talipon daripada seorang penggiat (usahawan?) MLM yang mempunyai beberapa tahun pengalaman di dalam MLM.
Segala perbualan berjalan lancar dan saya menyatakan yang saya menjalankan perniagaan MLM… bukannya direct selling.
“Alah… direct selling, MLM tu sama la…”
Hmmm… saya terkejut kerana kenyataan ini bukanlah datangnya daripada seseorang yang baru di dalam industri ini tetapi mungkin seorang pemimpin MLM di dalam syarikat beliau. Terfikir juga saya… apakah yang diajar oleh beliau kepada kumpulan MLM beliau?… direct selling? Atau MLM?... dan tergerak juga saya untuk menerangkan perbezaan direct selling dengan MLM… tetapi masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian.
Walaupun saya tahu jualan langsung boleh dilakukan di dalam MLM, tetapi saya kecewa kerana ramai usahawan MLM masih lagi silap dengan konsep direct selling dan MLM. Dan, paling sedihnya… orang ramai pun secara tidak langsung diajar yang MLM adalah direct selling, dan direct selling adalah MLM.

2. Masih Mempunyai Mentaliti Cepat Kaya.

Disebabkan pemimpin MLM anda menjadi jutawan dalam masa 6 bulan, tak semestinya semua orang boleh menjadi jutawan MLM selepas 6 bulan menyertainya…
Terlalu banyak iklan yang menjanjikan bulan dan bintang… namun semuanya tak kesampaian… ini berkait rapat dengan pengiklanan “perniagaan yang senang”, “tak perlu menaja orang”, “kami akan membina downline anda” dan banyak lagi…
Fikirkan dengan logik akal… kalau dalam masa 6 bulan, majoriti usahawan MLM boleh menjadi jutawan, mungkin tak ada lagi yang akan sanggup buat kerja lain… selain MLM.
Memang benar… adalah menarik kepada prospek anda jika diklankan sesebuah perniagaan yang menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat… tetapi adakah mereka prospek yang anda cari?
Jika mereka sertai anda pun, berapa lama mereka akan bersama anda?... sebelum mereka tersedar yang MLM juga memerlukan usaha untuk berjaya dan di sinilah mereka akan merasa tertipu… tak lama selepas itu, mereka pun tidak percayakan perniagaan MLM lagi…
Ketahuilah, secara purata, ianya mengambil masa beberapa tahun untuk seseorang usahawan MLM untuk berjaya… bukannya sekelip mata.

3. Pelan pemasaran (marketing plan) yang salah.

Terus terang saya katakan yang tak semua pelan pemasaran sesuai untuk dilakukan secara sambilan atau boleh memberikan anda satu pendapatan yang boleh digunakan untuk persaraan.
Maksud saya, ada pelan pemasaran yang memerlukan anda terus-menerus menaja ahli baru… ada pelan pemasaran yang memerlukan anda membuat jualan yang ditetapkan untuk terus kekal pada status “Gold”, “Diamond”, “Diretor” atau apa-apa pangkat MLM yang anda perolehi... jika tidak, pangkat anda akan diturunkan.
Jika ini berlaku, bagaimana anda boleh membina perniagaan MLM anda, berhenti melakukannya dan terus mendapatkan komisyennya terus-menerus? Tidak, bukan?
Oleh itu, fahami pelan pemasaran anda dengan betul. Anda mungkin menjadi mangsa pelan pemasaran yang salah.
[nota] Sekarang, sudah banyak pelan pemasaran yang sesuai untuk usahawan MLM separuh masa, dan sesuai untuk dijadikan pelan persaraan seperti Score A Programme yang berstatus Syariah Compliance

Kesilapan Oleh Mereka Yang Benci, Tak Tahu atau Tak Faham MLM


Npe benci??sbenarnye sbab korang xtau.

patut amik tau psal sesuatu 2..

bwu la leh x ske..or ske...

Pape pon kite leh nilai sendiri bwuk baek semua

perkara..

sbab ape??

sbab kite ade akal fikiran boleh pikir kan...

1. MLM adalah untuk DUIT semata-mata.
Adakah kejayaan MLM hanya diukur dengan wang ringgit?Pastinya sudah menjadi kebiasaan bila mendengar… “Dia join MLM tapi tak dapat satu sen pun”… tetapi kenapa mereka tidak melihat produk syarikat MLM itu sendiri?
Saya akui yang saya juga ada menggunakan produk MLM yang di mana saya tidak melakukan penajaan ke dalam syarikat MLM tersebut. Adakah saya dikatakan gagal di dalam MLM? Tak semestinya… saya mungkin adalah satu di antara ribuan lagi pengguna yang gembira dengan produk MLM yang saya gunakan. Adakah ribuan pengedar yang saya nyatakan sebentar tadi juga gagal? Tak semestinya, bukan?
Tetapi, kalau ada seorang sahaja yang sertai MLM semata-mata kerana wang dan tak dapat memperolehi satu sen pun dalam masa 3 bulan… dan beliau mula bercakap negatif mengenai MLM… wah… beritanya bagaikan goreng pisang… “Jangan masuk MLM… penipu… tak dapat duit” dan bermacam-macam lagi.
Fikirkan sejenak… kalau anda sertai untuk duit semata-mata… carilah skim pyramid yang diiktiraf oleh kerajaan (jika ada). Kalau tidak, lihatlah MLM lebih daripada mengaut keuntungan dari segi kewangan semata-mata.
Klu… syarikat MLM mempunyai produk. Adakah anda akan menggunakan produk MLM tersebut sekiranya tiada pelan pemasaran bersamanya?

2. Tak Faham MLM dan tak Mahu Usaha untuk Memahaminya.

Memang mudah untuk membuat andaian itu dan ini… termasuklah membuat penghakiman seperti MLM adalah “low class”, MLM tak bagus, MLM cuma untuk orang yang tak ada kerja… dan banyak lagi.
Tetapi, berapa banyakkah yang betul-betul membuat penyelidikan mengenai MLM sebelum mereka membuat rumusan itu dan ini?
Ada yang tak pernah pun menyertai MLM tetapi kalau cakap pasal MLM, memang nampak macam pakar… alasan, “saya dengar itu… saya dengar ini”… tetapi kenapa jadi begitu… kenapa jadi begini tak pulak diketahui…
Saya cabar orang sebegini untuk
… melihat video “Brilliant Compensation” dari Tim Sales dan video “The Secret”.
… membaca buku “The Parable Of The Pipeline” oleh Burke Hedges dan buku “Wang Dari Peti Surat” oleh Richard Brooke.
… dan mendengar rakaman audio “The Four-Year Career Plan” oleh Richard Brooke dan “Building Your Network Marketing Business” oleh Jim Rohn.
Kemudian, pelajari bagaimana pemimpin-pemimpin MLM yang “bertauliah” (berpengalaman) melakukan perniagaan ini. Ambil masa untuk belajar… baru boleh katakan MLM itu dan ini…

3. Siapa Sertai Dulu, Dia Yang Dapat Paling Banyak Duit.

Kalau skim piramid, mungkin andaian ini tepat tetapi jika anda katakan mengenai peluang MLM yang sebenarnya, anda akan selalu silap.
Apa yang anda perlu lakukan untuk membuktikannya ialah cuba selidik 2 hingga 3 atau setiap syarikat MLM yang anda tahu. Tanyakan kepada pengasas syarikat MLM tersebut 2 soalan ini.
1. “Berikan contoh beberapa pemimpin MLM baru yang anda cipta”.
2. “Berikan contoh beberapa orang pengedar yang mula-mula menyertai syarikat MLM ini, tetapi mereka sudah berhenti melakukannya tanpa mendapat apa-apa pulangan pun dari segi kewangan”.
Saya pasti… saya ulangi… saya pasti setiap syarikat MLM yang sudah lama bertapak di negara ini akan mempunyai pemimpin MLM yang menyertai syarikat mereka selepas ramai pengedar berhenti melakukan perniagaan MLM ini.
Bagaimana pula jika anda bandingkan mereka yang cuma menggunakan produk MLM dengan mereka yang melakukannya untuk menambahkan pendapatan mereka?
Saya pasti mereka menyertai syarikat MLM tersebut pada masa yang berbeza, dan ini bermakna yang tidak semestinya anda akan mendapat banyak duit jika menyertai sesebuah syarikat MLM pada awal penubuhannya.
Apa yang saya patut tekankan di sini ialah anda usaha, anda akan mendapat hasilnya… tak kira bila anda menyertai sesebuah syarikat MLM.
Baiklah…
Bukannya tujuan saya untuk menambahkan lagi perkara negatif mengenai MLM. Bukan juga tujuan saya untuk menyalahkan sesiapa… saya tahu yang saya juga mempunyai kelemahan dan kesilapan saya sendiri.
Tujuan saya ialah untuk mengingatkan saya, usahawan MLM yang lain dan juga bakal usahawan MLM di sana tentang apa yang MLM janjikan kepada semua orang. Terlalu banyak perkara negatif yang diperkatakan… masih terlalu kurang pemahaman mengenai MLM.
Marilah sama-sama kita pelajari apa itu MLM dan bagaimana ianya boleh mengubah hidup kita… sama ada melalui produknya… atau pun peluang pendapatannya…
Sekiranya anda ingin mengetahui MLM secara ringkas, bagaimana ianya berfungsi dan sekiranya ianya sesuai untuk anda, saya memang amat mensyorkan anda membaca “Wang Dari Peti Surat” (terjemahaman dari “Mailbox Money”).
Akhir kata… semoga apa yang saya kongsi bersama di sini memberikan manfaat kepada kita.

MLM...spe x ske??Npe X ske??


aq tau klu dgar ni je ramai yg tarik mke...
wat mke seposen...
tp korang tau x spe yg cipta MLM..
npe korang benci sgat??
slalu klu wat x berjaye slahkan MLM..
tp korang tau x??
MLM ni la yg pling bnyak lahirkan jutawan kt DUnia nie..
Aq tau korang pon tahu...pdahal ni la pling sng..
npe??

1.modal kecil..
2.risiko rendah
3.msa kurang
4.xperlukan kelulusan tertentu..
5.bla...bnyak lg la..

xde yg xkaya klu wat MLM melainkan owang yg berputus asa..

Kt bawah ni ade la psal MLM...so bce N pkir2 la sendiri...


Alkisah............................

Saudara-saudari,Tahukah anda siapa pencipta sebenar MLM? Iaitu ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda,

“ ISLAM itu bermula dalam keadaan dagang, dan dia akan kembali dagang seperti mana mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang dagang”

Sistem MLM sama sahaja dengan sistem BERDAKWAH.

ALLAH SWT berfirman akan maksud kejayaan yang sebenar, di dalam Surah Ali Imran ayat 185,

“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, di akhirat nanti amal kamu akan disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”

Dahulunya, Islam hanya melihat Al-Quran sebagai panduan Akhirat sahaja. Pada masa yang sama, orang yahudi telah mengkaji Al-Quran dan menjumpai ayat dibawah;

Firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 10-11 bermaksud:-

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

Ketika itu Islam sedang berkembang pesat ke serata dunia melalui sistem berdakwah, dan orang yahudi melihat inilah cara perniagaan yang dimaksudkan dalam al-quran. Merekalah yang telah mengambil idea ini dan memulakan perniagaan MLM ini di tanah mereka, dan telah membuatkan kita semua menganggap mereka pengasasnya dan cuba menyesatkan kita. Sedangkan ALLAH penciptanya, tetapi kita tidak sedar.

MLM ini juga, menepati firman ALLAH SWT,

“ Dan dari mereka ada yang meminta, wahai RABB kami, berikanlah kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat nanti kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Mereka itu adalah apa yang akan dibalasi apa yang mereka minta, dan ALLAH itu Maha Cepat HitunganNya” Surah Al-Baqarah, 201-202.

Dalam sistem berdakwah ini, ganjarannya amatlah besar.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” Riwayat Muslim: 1893.

Kalau kita mengajak mereka kepada kebaikan, dan mereka melakukannya, kita akan mendapat gnjarannya. Begitu juga sebaliknya. 

Sbgi contoh: Bayangkan, kita ajak manusia solat berjemaah, dia mendapat pahala 27 kali ganda dari solat fardhu. Pada masa yang sama, kita juga solat berjemaah, dan kita mendapat pahbala 27 kali ganda dari solat fardhu juga. Tetapi, manusia tadi diajak oleh kita, maka 27 kali ganda pahala solat kita, akan ditambah lagi dengan 27 kali ganda pahala solat dia. Hal ini menjadikan, pahala solat kita adalah 54 kali ganda. Itu baru kita ajak seorang… Kalau kita ajak seratus orang?

Sama juga dalam sistem MLM, kita tidak menkayakan orang atas tapi dalam sistem MLM yang sebenar, orang bawah boleh berjaya lebih dari orang atas. Kerana ia sama dengan konsep, Seorang ayah, menghantar anak belajar mengaji, lalu anak itu menyebarkan ilmunya dengan mengajar anak2 kampungnya mengaji. Indahnya ISLAM, walaupun ayahnya tidak tahu mengaji, tetapi masih juga dapat pahala setimpal dengan apa yang anaknya lakukan cuma anaknya mendapat ganjaran yang berganda kerana berkongsi ilmu lebih banyak kepada orang lain. Oleh kerana berbentuk wang, kita tidak dapat mengikut seperti ganjaran dalam konsep dakwah. Cuma dalam perniagaan MLM ganjaran itu berbentuk bonus, hanya 5% drpd downline 4 level sekali sahaja (Score A). Adil kan? 

ALLAH SWT berfirman,

Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya…” (Surah al-Anam, ayat 160)

Dalam score A program, kami membantu sesebuah keluarga dengan memberi sistem Pendidikan mengikut peredaran zaman. Score A Program juga menyediakan peluang anak cemerlang di dalam pelajaran dan ibubapa gemilang di dalam perniagaan ScoreA di samping dapat mencipta DANA PENDIDIKAN untuk anak tersayang melanjutkan pelajaran ke universiti yang terbaik.

Sesuai dengan pesanan Syaidina Umar Al Khatab..., "Didiklah anakmu mengikut zaman mereka...

Konsep MLM dan berdakwah ini mudah sahaja, anda boleh simpulkan, MLM ini berteraskan dua perkara.

1. Perbaiki diri anda.

2. Ajak orang lain.

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani).

“Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu, maka akan. berbakti anak-anak kamu kepada kamu (termasuk memberi kasih sayang).” (Riwayat Al Hakim)

Akhir salam dari saya. Sekiranya masih tidak puas ati, anda boleh datang seminar kami dan selidik. Sedangkan zaman rasullulah mereka sanggup merentasi lautan hanya untuk menuntut ilmu dan mencari kebenaran.

Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Harap maaf jika terlanjur kata...

KLu korang nk tau leh je komen kt bwah nie..spe2 yg Minat dgan Program Hebat nie..
boleh hubungi aq ye..


0194355677-hubungi je..

aq akan pastikan korang xkan menyesal....
sekian..

Ya Allah..

" Ya ALLAH, 

tetapkanlah hatiku atas agamaMu,

 teguhkanlah langkahku atas jalan dakwahMu, 

terimalah aku sebagai tenteraMu,

 dan sampai ketikanya nanti,

 matikanku sebagai syuhadaMu,

 Ya ALLAH..ameen, 

Ya Rabbal'alamin."

Erti cinta..suka..sayang..

Cinta..cinta...ape korang tahu??
aq pon xtahu pe sebenarnya cinta..terlalu agung..
bnyak pengertiannya..
Setiap owang ada pandangan masing2..


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau

ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.



Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau


ingin sekali membuatnya bahagia dan

bukan untuk dirimu sendiri.



Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.



Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"



Saat kau MENYAYANGI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"



Saat kau MENCINTAI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...



SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."



SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.



CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "



SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."



SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.



CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."



Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.



Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.



Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."



Pada saat kau SUKA padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.



Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.



Pada saat kau CINTA padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...



SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.



SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.



CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.



SUKA adalah hal yang menuntut.



SAYANG adalah hal memberi dan menerima.



CINTA adalah hal yang memberi dengan rela



Klu korang sudi bleh la  tinggalkan komen pandangan korang tentang cinta kt entri nie...
leh kte kongsi2...info2 psal cinta..pape je leh..komen ape pon diterima...