Ubat Panas Hati - Aku bengang dengan BLOGGER NI!!

      Bengang sangat aku dengan sorang blogger nie..die nie tah ape-ape!tolong la jadi manusia yang tak menyakitkan hati orang lain..kau ingat bagus sangat ke kau buat entry macam tu semata-mata nak peril-perli orang..kalau kau perfect sangat pon jangan malukan orang…sakit hati aku nie..teruk betul perangai die yang sangat menyakitkan hati...tak sabar betul aku!!...Ape marah-marah nie??BLOGGER mane plak??

      Assalammualaikum semua..actually arini aku nak kongsi info cara nak hilangkan marah la..takde la aku nak  bengang dengan mane-mane blogger.Aku nak kongsi dengan korang satu doa…ubat untuk sape-sape yang panas hati mcm ni....

                                      sumber dari Encik google yg baen hati

DOA MENGHILANGKAN MARAH

“Ya Allah!Ampunilah bagiku dosaku, keluarkan kemarahan daripada hatiku dan lindungilah aku daripada syaitan.”

So kalau korang rase marah sangat bace la doa nie ye.Moga-moga cepat la reda marah korang tu ye.Selain tu, terdapat beberapa pengajaran dari doa nie…

Pengajaran yg kite dapat dari Doa:

-Kita seharusnya mengawal diri daripada sifat marah kerana marah itu adalah salah satu kelemahan manusia.oleh itu, syaitan suke menghasut manusia agar marah kerana dengan marah akan berlaku banyak kenurukkan.

-Kita seharusnya memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa kite supaya Allh mengeluarkan kemarahanan daripada hati kite agar dipelihara dari hasutan syaitan.

       Hope info yang aku kongsikan harini berguna buat korang semua. Yang berguna tu baek lagi jika kite kongsikan bersama kan?Moga kite sentiasa meningkatkan diri kita kearah kebaikkan..setakat ini je celoteh dari aku untuk hari ini.. 

Wasalam…

Spagetti Bolognese & Manggo Lassi

Salam semua..nyum..nyum..jom masak-masak lak..ni pertama kali aku nak buat entry masak-masak ni.Jom kite masak spaghetti!..senang je kan??mesti ramai yang dah pandai tapi tak kurang ade yang tak tahu.Ok2..jom kite tgok bahan-bahan dan cara nak masak ye..
 

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan yang kite perlukan:

  • Daging cincang – 500g
  • Tomato puree – 1 Tin
  • Carrot – 1 batang
  • Bawang Besar – 3 biji
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Salery – 1 batang
  • Kiub ayam Maggie – 2 kiub
  • Lada putih – 1 sudu
  • Bay leaf/daun salam – 1 helai
  • Garam/gula – secukup rasa
  • Spaghetti – 1 bungkus
  • Minyak jagung – 2 sudu

Cara-cara nak buat plak ye..bace betul-betul ye semua..

  • -Mula-mula sekali korang celur atau rebus dulu spaghetti dalam air mendidih dan korang masukkan sikit garam dan minyak jagung(kalau takde minyak masak pon ok).Celur sampai lembut tau lepas tu korang tuskan la..
  • -untuk nak masak kuah die plak..mule2 korang masak daging dulu..setengah masak je ye dan tuskan selepas tu.
  • -Kite mulekan masak kuah spaghetti pulak..seperti biase la panaskan minyak…kemudian masukkan bawang putih yang dipotong kiub untuk tumiskan.Selepas tu plak korang masukkan tomato puree dan korang mask sampai pecah minyak seterusnya masukkan carrot dan salary.Masukkan pulak daging cincang tadi dan bay leaf/daun salam.Masukkan garam,gula dan kiub ayam.Last sekali korang masukkan la bawang besar yang dipotong kiub kemudian dimasak selama 10 minit.Kemudian padamkan api dan korang dah siap masak..hidangkanlah dengan spaghetti korang tadi ye..
Amacam??mudah je kan? So, boleh la korang masak kat rumah tu..okjom kite teruskan dengan hidangan air plak ye..


Manggo Lassi

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yogurt
  • Buah Mangga
  • Ais kiub
  • Air gula
Cara-cara nak buat pula:
  • -mule-mule korang kisar buah mangga dan korang masukkan yogurt.Selepas  tu masukkan air gula dan ais kemudian goncangkan.Ok siap la..mudah je..boleh la jamu selera bersama spaghetti.
Selamat mencube ye semua..mudah je nak buat spaghetti nie..lepas nie boleh la masak sendiri..saje je la nak kongsi dengan korang semua..
Wasalam