Salam semua pembaca blog Pandai Ke Aku Berceloteh...Ape khabar semua??hope semua sihat dan ceria-ceria selalu ye..Kalau entry sebelum nie aku celoteh kat korang pasal Apekah maksud SPAM??..Now aku nak celoteh kat korang tips pulak..Hope dapat la korang gunakan untuk majukan blog korang..aku pon bukanlah blogger yang berpengalaman sangat,just nak share dengan semua sikit-sikit ilmu yang aku ade. Kalau korang nak tengok TIPS DAN PETUA lagi KLik Sini. Now kite story untuk tips kali ini..
Kalau korang nak blog korang menarik ramai pembaca pertama sekali blog korang mestilah MEMPUNYAI KANDUNGAN YANG MENARIK. Maksudnye story dan entry-entry korang perlulah menarik. Info dan entry yang korang tulis mestilah yang terkini dan hati-hati jangan terlalu ketinggalan zaman tau..hehehehhe. So,korang kene la alert pasal isu-isu semasa yang terkini kalau blog korang mengenai isu semasa. Kalau blog korang psal gosip artis ke ape ke korang jangan la tulis gosip yang ketinggalan zaman pulak ye..
Nak blog korang meletup ke??kalau nak blog meletup korang kena pandai tarik perhatian readers untuk datang blog korang dengan cara MENULIS TAJUK YANG MENYENGAT. Tajuk nie penting sangat..kalau tajuk korang best barulah orang nak klik link korang. Sebenarnye bila traffic korang kurang bukan sebab korang punya blog tak best atau korang tak pandai tulis entry tapi tajuk entry korang tak menarik untuk buat orang serbu blog korang. Jadi pilihlah dan buat tajuk yang sangat HOT dan GEMPAK ye...
Korang nak tahu ape rahsia blogger-blogger OTAI?Mengape blog diorang meletup-meletup?? Salah satu sebabnye ialah diorang BERSIKAP KONSISTEN UNTUK UPDATE blog diorang.Kenape perlu konsisten??sebab selalunye sesuatu blog tu mesti ade pembace dan peminat yang tesendiri. Bila lama sangat tunggu korang update pembaca setia blog korang pon malas la nak datang blog korang. Pembaca akan selalu datang blog korang kerana apabila datang je blog korang pasti ada entry terbaru. So, diorang takde la nak rase kecewa bila datng blog korang yang tak berupdate.
BENTUK DAN DESIGN BLOG MENARIK sangat penting. Sebenarnya blog korang tak perlulah sangat cantik hingga bling-bling sana-sini ataupon warna terlalu terang. Blog yang mempunyai design yang simple dan kemas lebih menjadi perhatian pembaca. Blog yang simple ini buat pembaca yang datang blog korang rase relax bila membaca entry korang. Amaran!!JANGAN pulak blog korang sampai buat orang sakit mata dan diorang akan lebih berminat pada tanda 'X' di sebelah atas kanan laptop atau pc diorang.
Ape lagi ek??GAYA PENULISAN BERSAHAJA sangat penting supaya blog korang tak nampak kaku dan macam korang tulis syok sendiri je sebab takde sape nak bace blog korang. Ape yang penting korang jadi diri korang sebab setiap blogger mempunyai identiti dan gaya penulisan tersendiri.
Selain itu,TAJUK DAN ISI PERLU JELAS sebab pembaca mestilah nak fham ape yang korang tulis. Nie tak penat-penat die bace ape pon tak faham..sadis ke tak??huh..kesian tau..jadi biar pembaca dan pelawat faham ape yang korang cube sampaikan. Bila diorang faham isi dan penyampaian korang mestilah diorang akan datang lagi blog korang...
Panjangnye aku berceloteh dan meraban..sudahlah sikit-sikit ye..nie je lah tips dari aku untuk hari nie..hope dapat beri manfaaat kat korang semua ye...wasalam..