Keajaiban Dunia Yang Mengejutkan!!






Hai semua...sihat x??dah sebulan tak berupdate blog nie..actually baru abis gathering at Pengkalan Balak,Melaka..wah best giler la..ramai buat entry psal gath tp aku bukan nak story gath..nk story benda ajaib nie...ajaib tau..jom tengok klu tak percaya...

Keajaiban 1 = Highway menggunakan air.

Amacam ajaib tak??ajaib kan...Ok,ni sedikit info tentang highway air ini.Kalau korang nak tahu highway nie terletak di Magdeburg, Jerman dan menelan kos sebanyak 500Juta Euro.Highway air ini juga dibina selama 5 tahun tau...lame kan...padan la ajaib..


Ini adalah jambatan untuk highway air ni.



Keajaiban 2 = Kapal yang terbesar di dunia

Jom tengok unik tau gambar kapal nie...Kapal nie ade dekat Norway ye kengkawan..huhu..

Kalau korang nak tahu kapal nie berfungsi untuk membawa benda yang besar dan berat...kat bawah nie ade barang-barang yang kapal nie bawa...nie bukan cruise untuk bawa korang honeymoon tau..
Ini adalah kapal pemusnah USS Cole yang telah dikutip balik ke US sebab tersngkut dengan pengebom mati di Yamen.
Ini pula radar tentera yang di angkut.Maklumat radar tentera.


Inilah dia platform minyak.Cara kapal ini mengangkat benda-benda nie semua adalah semudah 1,2 dan 3.
1.Tenggelamkan di dasar
2.Kapal dinaikkan

 3.Menuju ke destinasi



Keajaiban 3 = Kincir angin di tengah laut

Kincir angin ini telah dibina di Denmark.Untuk pengetahuan korang,Denmark adalah taiko dalam bidang kincir angin semenjak tahun 1970.Kincir angin ini menghasilkan sebanyak 18.9% tenaga elektrik.


Berikut adalah gambar bagaimana ia diangkut dan dibina.


Ajaib kan??tu la kan aku dah cakap..mesti korang ternganga kan??kalau dah tahu mesti tak terkejut..tapi mule-mule aku terkejut jugak..aku kagum..nak tahu lebih lanjut korang google je la..
sampai sini je..nanti aku celoteh lagi kat korang info2 ye..

wasalam.

Alahai Lelaki...siapakah idaman hatiku??




hai korang...jom kite be sikit mengenai lelaki..so leh la buat panduan sikit-sikit...yang pompuan tu kalau dah pakwe korang tak suke macam tu jangan la buat..lelaki pon cube la memahami makwe korang..die bukan mengade tapi nak perhatian korang..hehehe...bagi yang dah kahwin lagi la penting...hope berkekalan semuanya..

*dr google

FAKTA MENGENAI LELAKI
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasihmereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibukdengan pekerjaan mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur,pasti mereka akan memikirkan mengenaiwanita yang merekabenar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, merekaakan mengabaikan semuakarakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuatseribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 
7. Lelaki sanggup melakukan apa sajauntuk mendapatkan perhatian daripadaseorang wanita.
8. Lelaki amat benciapabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelakimereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untukseminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka,ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akanmenangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka. 
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat,tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

so..renung-renungkan dan selamat beramal ye..



Setiap insan punya kelemahan dan kekurangan sendiri sungguhnya berpasangan itulah saling melengkapi untuk menyempurnakan segala kekurangan..
Sampai sini je celoteh aku ye...take care semua...nanti aku celoteh lagi ye..wasalam

Adakah Anda Bijaksana?JOM TENGOK!(JOM PERAH OTAK)




Hai semua..ape kate jom kite uji minda pepagi nie..best ape?kalau anda bijaksana dan cerdik pandai ala-ala Al-Kawarizmi sudah pasti mampu menjawab semua dengan tepat...Aku pon dah try jawab..memang mengelirukan..so enjoy N have fun ye..good luck..











Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. Jgn sesekali meniru @ bertanya dgn sapa2..pls jujur .. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....





Ready? GO!!! (lihat bawah)










SOALAN PERTAMA:





Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
 .
.




.
JAWAPAN: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!





Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?










SOALAN KE-2:




Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)
.
.




JAWAPAN: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.....Hehehehehe..:))
OK..Soalan seterusnya...





Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...










SOALAN KE-3




Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..
.
.




Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.





Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .










SOALAN KE-4:




Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
.
.




Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.





Namanya Mary. Baca semula soalan!










Okay, cuba jawab soalan bonus:





Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.





Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?




.
.jawapan...




Dia hanya membuka mulutnya dan berkata...."saya nak beli cermin mata hitam"...





Mudah sahaja kan??.....heheheh


Klik Sekali je sini..Tak perlu 2 kali..

Amacam??betul tak korang jawab??unik bukan soalan-soalan nie..pada yang dah tahu tu..it ok..pada yang baru menjawab,beul tak jawapan korang??Ini cume senaman minda di pagi hari..hehhehee..jumpe di next entry..
wassalam..

Kisah Manusia Busy Giler!!




hai semua...rindunye kat blog kesayangan nie..tengs pada sape-sape yang sudi jenguk sini walaupon tak berupdate..actually aku baru masuk study balik di UITM N9 setelah setaun bercuti dan aku tahu segalanya dan tertulis..itulah ketentuan untukku..ingat lagi setaun lalu pada tanggal 5 disember 2010 hari yang buat jantung aku rase luluh..memang aku tak pernah story langsung aku nie sebab aku nak semua yang bace blog aku sentiase ceria dan terhibur dengan celoteh aku..aku nak celoteh kat dunia terutama kepada mama dan abah yang akak dah besar..

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan aku bimbang dan risau dengan ape yang bakal aku lalui di sini..akhirnya aku dapat menyesuaikan diri aku..aku tak dapat kolej pon so terpakse la aku menyewa di luar yang jaraknye hampir 13 kilometer untuk ke kelas..setiap hari jalan sunyi dan hutan tebal tu aku redah..di sekelingnye penuh jerat-jerat cina dan ini sememangnye orang selalu cakap tempat 'JIN BERTENDANG"..huhuhu..memang seram sangat kalau lalu kat situ waktu malam..nasib aku takde kelas malam..alhamdulillah..terima kasih abah belikan akak motosikal untuk akak ulang alik ke kampus..masalah aku nie susah sangat nak ingat jalan dan selepas seminggu aku dah ingat jalan dan aku dah tak perlu bergantung kat orang laen lagi..kesian kengkawan aku sabar je dengan aku nie...tengs sangat kat korang semua ye..

Berbalik celoteh pasal kolej tu..aku dah mohon dan buat surat rayuan sebulan awal dan bile aku dah ade kat sini diorang kate takde surat aku kat diorang hilang mane tak tahu..sabar je la hati nie..pengurusan ape tah la diorang nie..sangat bengang bile kawan aku cakap kalau extend memang dapat kolej..walaupon kengkawan aku dah part 4..aku baru part 2..ye la dah cuti setaun..harap-harap la otak nie mahu berfungsi dengan baek..huhu..duduk  luar memang sangat susah. Pukul 7 pagi dah kene keluar rumah dan balik pulak dan magrib..harap Allah tabahkan hati aku..sampai2 je sini dah demam da..aku tak tahan panas dan selalu demam nie semua punce dari demam waktu virus H1N1 tu la..mase tu aku demam sampai 40 degree..lepas tu antibody jadi lemah dan asyik demam je tapi takpe sakit tu dapat kurangkan dose-dose kite....

5 Disember 2010...aku ade cakap kat atas tadi kan..tarikh nie la aku dapat result X-ray dan mase tu air mata nie tak henti-henti mengalir..rase dunia dah gelap..aku pergi hospital sendiri setelah lame da aku menahan sakit pinggang nie..bile aku tengok keputusan tu aku tak tahu ape nak cakap lagi.rupanye tulang belakang aku bengkok..patut la aku selalu sakit..bukan tu je..tulang kaki..tulang pinggul semua bermasalah..dan nie la sebab aku sakit sangat..so..aku dapat cuti setaun untuk aku buat fisiotherapy dan mama dengan abah pon cube jugak perubatan islam...so dua care la kitorang usahakan..sistem dalaman badan aku semua da tak betul..aku sedih sangat-sangat sebab nie dah jadi kekurangan aku untuk sepanjang hidup aku..dan aku dah bukan lagi seorang insan normal macam orang laen..banyak sangat yang aku pikir sampai serabut kepala aku tapi aku ingat lagi mama selalu cakap "Anak mama kuat kan?anak mama tabah dan mama tahu akak boleh lalui semua nie..Allah bagi ujian kepada yang mampu tanggung je.." Itulah kate-semangat untuk aku..

Bile aku tahu keputusan nie terus aku terpikirkan seseorang..boleh ke die terima aku lagi??dengan segale kekurangan aku, aku dah tak layak lagi buat sesape pon..aku tak sanggup nak cerite kat die..tapi die tahu je kalau aku de rahsiakan pape dari die..bile die tanye aku tak sanggup nak jawab sebaliknye aku menagis je..die pakse aku sampai die dapat jawapan..mase tu aku dah cakap siap-siap kalau die tak mahukan aku lagi lepas nie takpe sebab aku faham..tapi ape yang aku dengar dari die "setiap ape yang berlaku itu Allah dah nyatakan sejak azali itu suratan hidup kite..sebagai manusia kite perlu berusaha mengubah dan jadikan sesuatu itu terbaek dalam hidup kite" dan die juge cakap kat aku.. "awak lahir sempurna bukan ade cacat cela kat mane pon..kalau saya sayang awak saya terime awak seadanya dan saye akan jage awak." dan alhamdulillah mungkin die untuk aku dan selalu die pesan doakan hubungan kami setiap kali solat. Sepanjang setaun proses aku jalani terapi nie die dan family aku la yang banyak bagi semangat kat aku. Semalam, aku menangis lagi sebab terharu dengan kate-kate die. Walaupon jauh die akan pastikan aku sentiase jage diri aku dan katenye "saye jauh..kalau awak milik saye nanti saye akan jage awak..sekarang awak kene jage diri..jage maruah awak sebab awak bakal isteri saye.."

Aku harap aku kuat hidup kat sini..aku dah belajar kenal dunia luar sebab sebelum nie aku nie bagai anak emas buat abah dan mama...aku sorang je perempuan dalam family.So,kene jage diri sendiri dan berdikari semuanye sendiri.Sekarang nie aku rindu sangat kat family aku...sampai sini je celoteh aku..kalau sempat aku update la blog nie memandangkan internet sini pon teruk..jumpe lagi next entry...semoga korang semua tabah jalani setiap yang berlaku dalam hidup korang..

Perjalanan hidup umpama masakkan yang enak..setiap kejadian dan perkara yang berlaku adalah rempah ratus resepi keenakkan masakkan itu
wasalam...(^__^)

Kau Ingat Kau Bagus Sangat!!!Blah La Kau!!




hai korang semua..actually aku panas hati..tapi malas la nak buat entry panas-panas lagi.Rasenye dah lame aku tak buat entry PANAS HATI kat blog aku nie..aku pon dh jarang celoteh panjang-panjang sebab sekarang aku agak busy siapkan persediaan masuk sem baru..kene tinggal luar so bnyak yang kne settle..

 VS


actually aku terase dengan sorang nie dan die buat aku naek hangin kat FB..die cakap aku kurang ajar disebabkan aku tulis double tanda tanya(??)..adakah tulis banyak tanda tanya menandakan kite marah??bukankah menandakan kite excited nak tahu bende tu ker?ape pendapat korang??


*ni komen aku ngan die..

aku hormat orang kalau orang tu hormat aku..kalau dah melebey nie memang buat aku hilang sabar..pe pendapat korang??adekah tanggapan aku salah?aku dah survey kat Fb dan kalau nak tengok pendapat diorang KLIK SINI>>>>KLIK SINI dan nie status aku kat Fb KLIK SINI UNTUK TENGOK PENDAPAT DIORANG..
So pendapat korang??aku memang suke tulis dengan double tanda tanya..aku pon tak tahu dah memang itu cara aku..nie bukan entry panas hati sebab hati aku dah sejuk sikit sebab ade orang ingatkan aku marah nie bisikkan syaitan..aku pon ade tahap sabar jugak..bukan ini je banyak lagi die kate kat aku sebab die lagi tue die ingat die boleh maenkan aku??aku nie ade hak bersuara dan aku mude tapi bukan aku nie cetek pemikiran.Aku juga belajar dari pengalaman dan kehidupan...tak semestinya die lagi tua segala yang die kate adalah benar.Aku bukan nak marah sangat aku nak mintak komen korang supaya aku boleh betulkan kalau itu memang salah aku..hope korang yang bace nie sudi komen entry nie..walaupon sikit je komen bagi tahu aku..

SALAH KE KITE MENULIS DI FB DENGAN MENGGUNAKAN BNYAK TANDA TANYA?(??)





Vs


Umur bukan pengukur kematangan seseorang tetapi budi bahasa dan adab sopan mencerminkan keperibadian seseorang

Terima kasih kepada korang yang sudi bacee entry luahan hati aku nie..aku nak sngat celoteh tips2 kat korang dah lame tak buat entry mcm tu..sampai sini je..

Ya Allah...aku mohon jauhkan aku dari sifat marah kerana itu sifat yang disukai oleh syaitan yang direjam..amin..


wassalam..

Spontaneous Thursday-Thankful



Hello korang!!sihat tak??alhamdulillah masih bernafas pagi nie..syukur kepadaNYA...
SP untuk korang hari ini..






JIKA HARI INI SESUAT U MILIKKU..MUNGKIN HARI ESOK SESUATU ITU BUKAN LAGI MILIKKU..TETAPI APA YANG SEMEMANGNYA MILIKKU HANYA DITENTUKAN YANG MAHA ESA..JADI APA YANG HARUS KU LAKUKAN JIKA SESUATU ITU BUKAN MILIKKU??

BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH 

Korang semua redha dan terima ape saje yang terjadi dalam hidup kite kerana itu adalah rempah ratus dalam resepi perjalanan masakkan hidup kite..Setiap insan punya takdir sendiri tetapi selagi berusaha kite mampu mengubah segalanya melainkan Allah tentukan sesuatu itu bukan milik kite..jadi Bersyukur dengan ape yang kite miliki..

wassalam..

NAK BANYAK $$$$$$$$???
DAFTAR SEKARANG??



Wordless Wednesday-Kesakitan


hello korang semua!
Ape khabar korang hari ni..jom kte terjah foto terpilih untuk Wordless Wednesday hari nie..
Walau pon selalu aku celoteh banyak-banyak hari ni tak boleh sebab Hari Tanpa Kata kan??
.
.
.
.
.
loading.....

Klik Sekali je sini..Tak perlu 2 kali..

.
.
.
.
.
.
.

V
Tadaa!!!


Adakah ini kesakitan yang paling menyakitkan??

THE HARDEST THING TO DO IS WATCH THE ONE YOU LOVE, LOVE SOMEONE ELSE
IT hurt??or it really-really hurt you??
Renung-renungkan dan selamat beramal..
wassalam..




nak banyak $$$$$$$$$$$$$$$????
.
V
DAFTAR SEKARANG!!!

Gambar AKsi Panas Ketika Bercinta!!

*dr google

Assalamualaikum semua...hari nie aku tak nak celoteh panjang-panjang tapi nak tunjuk kat korang gambar yang panas lagi hot!!

JOM KITE TERJAH!!



*sumber gambar=http://pemudekahfi.blogspot.com

Panas tak aksi gambar-gambar tu??
huhuhu...sweet je kan??ahhahaa...nanti aku cari lagi gambar panas tunjuk kat korang..hahahaa..
wasalam..

Sudi like la FB Fanpage:-