Suatu hari dia terjumpa
sebatang paku karat. Dia pun
melakar simen tempat letak
kereta ayahnya tetapi kerana
diperbuat daripada
...marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada
kereta baru ayahnya.
Ya....kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya
jelas. Apa lagi kanak-kanak ini
pun melakarlah melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke
tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena
perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia
beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu
dan ayahnya, gambarnya
sendiri, lukisan ayam, kucing
dan sebagainya mengikut
imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si
pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut
besar pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran
yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun
masuk ke rumah terus
menjerit, 'Siapa punya kerja
ni?' Pembantu rumah yang
tersentak dengan jeritan itu
berlari keluar. Dia juga
beristighfar. .Mukanya merah
padam ketakutan tambah-
tambah melihat wajah bengis
tuannya.
Sekali lagi diajukan
pertanyaan keras kepadanya,
dia terus mengatakan 'Tak
tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang
hari tak tahu, apa kau buat?'
herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar
suara ayahnya, tiba-tiba
berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia
berkata 'Ita buat ayahhh..
cantik kan !' katanya
menerkam ayahnya ingin
bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang
anak yang belum memahami
apa-apa, menarik lembut
poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok
bunga raya didepannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak
tangan anaknya. Si anak yang
tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan
sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si
ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa
puas dengan hukuman yang
dikenakan.Pembantu rumah
melopong, tak tahu nak buat
apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia
sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-
mukul tangan kanan dan
kemudian tangan kiri
anaknya. Selepas merasa
puas, si bapa masuk ke rumah
dituruti si ibu. Pembantu
rumah segera memeluk
dengan penuh sayang dan
duka, cepat-cepat
menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil
calar balar.Menangis teresak-
esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil
dia menangis. Anak kecil itu
pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar
itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si
bapa sengaja membiarkan
anak itu tidur bersama
pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua
belah tangan si anakbengkak.
Pembantu rumah mengadu.
'Sapukan minyak gamat tu!'
balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak
melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon
mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah
langsung tidak menjenguk
anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari
bertanya kepada pembantu
rumah. 'Ita demam... ' jawap
pembantunya ringkas. 'Bagi
minum panadol tu,' balas si
ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik
tidur dia menjenguk bilik
pembantunya. Apabila dilihat
anaknya ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.
Masuk hari keempat,
pembantu rumah
memberitahu tuannya bahawa
suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke
klinik. Pukul 5.00 siap' kata
majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang
longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius. Setelah
seminggu di wad pediatrik
doktor memanggil bapa dan
ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang
mencadangkan agar kedua-
dua tangan kanak-kanak itu
dipotong kerana jangkitan
yang sudah menjadi gangren
sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu
dipotong dari siku ke bawah'
kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang
terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si
bapa terketar-ketar
menandatangani surat
kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan,
selepas ubat bius yang
dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga
terpinga-pinga, melihatkedua-
dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan
ibunya. Kemudian ke wajah
pembantu rumah.Dia
mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air
mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang
abah.. sayang mama.' katanya
berulang kali membuatkan si
ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..'
katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus
membuatkan gadis dari
Surabaya itu meraung seperti
histeria.
Tidak seorang pun yang
melihat suasana itu tidak
menangis.... 'Abah.. bagilah
balik tangan Ita. Buat apa
ambil.. Ita janji tak buat lagi!
Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi,'
katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu
mendengar kata-kata
anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang
sudah terjadi, tiada manusia
dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak
anda dengan penuh kasih
sayang, bukan untuk lepaskan
geram & marah anda...." (,")
sebatang paku karat. Dia pun
melakar simen tempat letak
kereta ayahnya tetapi kerana
diperbuat daripada
...marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada
kereta baru ayahnya.
Ya....kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya
jelas. Apa lagi kanak-kanak ini
pun melakarlah melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke
tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena
perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia
beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu
dan ayahnya, gambarnya
sendiri, lukisan ayam, kucing
dan sebagainya mengikut
imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si
pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut
besar pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran
yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun
masuk ke rumah terus
menjerit, 'Siapa punya kerja
ni?' Pembantu rumah yang
tersentak dengan jeritan itu
berlari keluar. Dia juga
beristighfar. .Mukanya merah
padam ketakutan tambah-
tambah melihat wajah bengis
tuannya.
Sekali lagi diajukan
pertanyaan keras kepadanya,
dia terus mengatakan 'Tak
tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang
hari tak tahu, apa kau buat?'
herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar
suara ayahnya, tiba-tiba
berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia
berkata 'Ita buat ayahhh..
cantik kan !' katanya
menerkam ayahnya ingin
bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang
anak yang belum memahami
apa-apa, menarik lembut
poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok
bunga raya didepannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak
tangan anaknya. Si anak yang
tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan
sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si
ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa
puas dengan hukuman yang
dikenakan.Pembantu rumah
melopong, tak tahu nak buat
apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia
sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-
mukul tangan kanan dan
kemudian tangan kiri
anaknya. Selepas merasa
puas, si bapa masuk ke rumah
dituruti si ibu. Pembantu
rumah segera memeluk
dengan penuh sayang dan
duka, cepat-cepat
menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil
calar balar.Menangis teresak-
esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil
dia menangis. Anak kecil itu
pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar
itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si
bapa sengaja membiarkan
anak itu tidur bersama
pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua
belah tangan si anakbengkak.
Pembantu rumah mengadu.
'Sapukan minyak gamat tu!'
balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak
melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon
mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah
langsung tidak menjenguk
anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari
bertanya kepada pembantu
rumah. 'Ita demam... ' jawap
pembantunya ringkas. 'Bagi
minum panadol tu,' balas si
ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik
tidur dia menjenguk bilik
pembantunya. Apabila dilihat
anaknya ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.
Masuk hari keempat,
pembantu rumah
memberitahu tuannya bahawa
suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke
klinik. Pukul 5.00 siap' kata
majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang
longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius. Setelah
seminggu di wad pediatrik
doktor memanggil bapa dan
ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang
mencadangkan agar kedua-
dua tangan kanak-kanak itu
dipotong kerana jangkitan
yang sudah menjadi gangren
sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu
dipotong dari siku ke bawah'
kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang
terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si
bapa terketar-ketar
menandatangani surat
kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan,
selepas ubat bius yang
dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga
terpinga-pinga, melihatkedua-
dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan
ibunya. Kemudian ke wajah
pembantu rumah.Dia
mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air
mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang
abah.. sayang mama.' katanya
berulang kali membuatkan si
ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..'
katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus
membuatkan gadis dari
Surabaya itu meraung seperti
histeria.
Tidak seorang pun yang
melihat suasana itu tidak
menangis.... 'Abah.. bagilah
balik tangan Ita. Buat apa
ambil.. Ita janji tak buat lagi!
Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi,'
katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu
mendengar kata-kata
anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang
sudah terjadi, tiada manusia
dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak
anda dengan penuh kasih
sayang, bukan untuk lepaskan
geram & marah anda...." (,")
Tiada ulasan:
Catat Ulasan