Perkenalan kita..

Perkenalan yang kau hulurkan..
aku sambut sepi..
acapkali ku luahkan rasa hatiku
aku masih tidak mengerti...
andai itu pintamu...
lautan luas ku tadah
 buat menyambut perkenalanmu..
sungguh pelangi itu selalu ada..
tetapi aku insan yang masih mencari 
mencari sinar itu dalam kegelapan siang..
andai titisan hujan mengiringi terik mentari
barulah kelihatan pelangi nan indah itu..
andai rindu kau hulur...
embun kasih itu mungkin kan menitis..
tapi jika hanya dalam samar-samar siangmu
buat aku tertanya-tanya
buat aku tercari-cari
jawapan pada tinta puisimu...
aku masih lagi tidak mengerti
kerana puisi memungkinkan
pandangan yang berbeza
antara kau dan aku...

Mawar pena

8 ulasan:

peNulis SeNjA berkata...

ku ingat mudah hannya puisi
makin ditulis
makin mmbekas
sebaknya kembali ke hati teratas
kemudian guris dalam puisi

penulis senja

Heziqa Yoo berkata...

err,awat kande akak nii feeling pulekk?

Maira Quee berkata...

@waN Mohd Salimandai puisi bisa buat ku mngerti..tapi aku kebingungan..

Maira Quee berkata...

@HeziqaMushadadLeetah la adik..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

sory la.. saya ni xreti sangat nak komen ayat2 puitis ni... hehe

Maira Quee berkata...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimaginexpe la top komen cm ni pon ok la..

pelesit budiman berkata...

haish....rasernyer...kali ni xnak tafsirkan dulu...next time...just memerhatikan...

Maira Quee berkata...

@mr.kylephytriecm 2 lak...ahhaha