Salam
semua readers dan followers.Hari ni aku nak berceloteh sedikit info buat
perkongsian semua. MANDI SUNAT??korang tau tak??mesti ramai yang ambil mudah
dan melupakannya. Firstly, mandi sunat ialah mandi yang membasahi rambut dan
seluruh badan dan mandi sunat ini boleh dilakukan dalam beberapa keaadaan.
Mandi
Pada Hari Jumaat
“menjadi
tuntutan ke atas setiap Muslim untuk mandi pada hari
jumaat,bersiwak(membersihkan gigi) dan menyapu wangian jika keluarganya
memilikinya.”[Musnad Ahmad, no: 16398 dengan sanad yang sahih]”
Berdasarkan hadis diatas kite dapat lihat
kepentingan mandi sunat.Tempoh waktu mandi sunat pada hari jumaat ialah dari masuknya waktu solat subuh
sehingga sebelum masuknya waktu solat jumaat atau solat zohor. Kebanyakkan
pengkaji berpendapat yang mandi sunat pada hari jumaat bagi lelaki adalah wajib
manakala bagi perempuan adalah sunat. Buat pengetahuan korang semua jugak kalau
telah mandi sunat pada hari jumaat tidak perlu lagi mandi sunat setiap tujuh
hari kerana hari jumaat berlaku setiap tujuh hari.
Mandi Setiap Tujuh Hari
Mandi sunat ni pulak maksudnya kite boleh mandi
berapa kali sekalipon tanpa membasahkan semua anggota. Contohnya seperti mandi
tidak membasahkan rambut tapi minimum sekali je la kite semua perlu membasahkan
seluruh anggota badan. Semua nie kite dapat lihat dalam sabda Rasulullah:
“Merupakan
hak Allah atas setiap muslim untuk mandi pada setiap tujuh hari,dengan mencuci
kepala dan seluruh badannya.”[Shahih Muslim,no 1402]
Mandi Pagi Hari Raya
Korang semua selalu buat tak??rasenye mandi sunat
hari raya je la yang selalu jadi amalan kite kan.Korang tahu tak disunatkan
untuk mandi pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aindil Adha.Ni pulak kite
boleh buktikan dengan jawapan daripada Ali bin Abi Thalib:
”Mandi
pada hari Jumaat,hari Arafah,hari al-Nahr(aidil Adha) dan hari al-Fitri(Aidil
Fitri).”[Musnad al-Syafie,no:114 dengan sanad yang sahih.
Mandi Selepas Sedar Dari Pengsan
Sunat untuk mandi bagi orang yang baru sedar dari
pengsan. Hal ini merujuk kepada tindakan Rasulullah yang pernah pengsan
beberapa kali ketika baginda sakit dihujung hayatnya.
Baginda pernah pengsan
dan setiap kali sedar darinya,baginda akan mandi.[Shahih Bukhari,no 646]
Mandi Ihram
Buat pengetahuan korang semua disunatkan sebelum
seseorang memakai ihram iaitu bagi orang yang ingin melakukan ibadah haji dan
umarah.Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa beliau”…melihat Nabi (memulakan)ihram dengan melepas pakaian baginda yang
dijahit lalumandi.”[Shahih Sunan al-Tarmizi.no 830]
Mandi Sebelum memasuki kota Makkah
“Abdullah
bin Umar al-Khattab tidak pernah memasuki Kota Makkah melainkan dia bermalam di
tempat yang bernama Dzi Thuwa.Pada keesokkan harinya, dia mandi lalu memasuki
Kota Makkah.Beliau menyandarkan perbuatannya kepada Rasulullah.[Shahih
muslim.no 2207]
Mandi Setelah Memandikan Jenazah
Rasulullah bersabda;”Sesiapa yang memandikan maka
hendaklah dia mandai dan sesiapa yang membawa hendaklah dia
berwuduk,yakni(memandikan dan membawa)mayat.”[Shahih Sunan al-tarmizi,no 993]
Mandi Apabila Mengulangi Hubungan Seks
Ni penting buat semua pasangan suami isteri
tau,apabila seorang suami mahu mengulangi hubungan seks dengan isterinya
disunatkan baginya untuk mandi. Rasulullah pernah melakukannya dan apabila
ditanya baginda menjawab: “Ini lebih baik dan suci.”[Shahih Sunan Abu Daud,no
219].Walaubagaimanapun baginda pernah mengulanginya tanpa mandi sunat[Shahih
sunan al-Tarmizi].Bagi yang tidak mandi sunat dianjurkan supaya berwuduk
apabila mengulangi seks[Shahih Sunan Abu Daud.no 220].Semua ini merujuk kepada
amalan mandi sunat apabila mengulangi seks.Jika selesai seluruhnya hendaklah
mandi wajib.
Mandi sunat ini tak mempunyai niat yang khas tapi
cukup memadai dimulakan dengan niat.Tidak perlu lafaz tertentu tapi cukup
dengan korang tahu yang korang nak mandi sunat.Aku harap mandi sunat ini boleh
lah kite same-same jadikan amalan.
Wasalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan