5 Sebab Kenapa Perlu Buat ASBF Sebelum Beli Rumah Pertama

5 Sebab Kenapa Perlu Buat ASBF Sebelum Beli Rumah Pertama
====================================


1. Latih diri untuk membayar komitmen yang besar tanpa culas.

Kalau asbf, korang tak bayar 2bulan berturut-turut, asbf korang akan automatically terbatal dan sijil asb korang akan dijual kembali pada pihak PNB.. tapi kalau korang tak bayar rumah 3bulan berturut-turut, rumah korang boleh disita dan dilelong malah korang juga boleh dikenakan tindakan insolvensi (bankruptcy). So bila dah terbiasa bayar asbf RM200k yang bersamaan RM1,100 sebulan.. InsyaAllah secara tak langsung dah latih diri korang untuk disiplin bayar ansuran bulanan rumah korang tu..
.


2. Kumpul modal down payment / deposit rumah.

Perlu ditegaskan asbf bukanlah medium skim cepat kaya ye.. ia hanya satu platform paling berkesan dan low risk untuk gandakan simpanan dalam tempoh yang singkat. Dengan asbf ni, korang boleh buat 'force saving' dan secara tak langsung dapat gandakan lagi simpanan korang untuk kumpul deposit rumah korang tu dalam masa yang singkat.. contoh korang nak kumpul RM30k buat deposit rumah.. dengan menyimpan RM500++ sebulan, malalui platform asbf hany perlu ambil masa 3tahun.. tapi kalau platform lain lebih dari 3tahun..
.

3. Serampang 2 mata.

Andai kata la kann.. korang gaji bersih RM1,800 sebulan.. lepas tolak expenses dan bagi pada parents, korang boleh menyimpan RM1,000 sebulan.. dengan duit simpanan tu korang nak buat simpanan kecemasan, simpanan kahwin dan deposit rumah dalam masa 3tahun.. So korang just perlu bahagikan pada 2bahagian.. RM550 untuk kumpul deposit rumah RM30k selama 3tahun dan RM450 simpan dalam tabung haji atau unit trust untuk kecemasan.. bab tabung kahwin jangan risau..nnti akan di ajar caranya nanti bila dah dapat capai RM30k deposit rumah tu..
.


4. Membina karektor CCRIS yang baik.

Ni ramai saya jumpa.. duit dah kumpul sejak zaman belajar.. dah cukup dah RM30k tu.. skali takde rekod ccris. Bila apply loan rumah samada kene reject atau interest rate jadi tinggi melampau.. setakat rekod ccris credit card tu, tak berapa nak membantu.. silap-silap boleh jadi bad ccris rekod kalau tak kene gaya guna credit card tu.. character scoring adalah satu perkiraan yang sangat subjektif.. ccris adalah salah satu faktor yang menyumbang pada character scoring ni..
.

5. Latih diri dengan tabiat 'Delay Gratification'

Dalam dunia ni.. tak semua perkara kita boleh dapat secara instant.. ada masanya kita perlu bersabar kerana itulah yang terbaik dalam mencapai sesuatu yang lebih baik.. sebagai contoh.. andai kata kereta bukan satu keperluan.. so better pakai motor atau naik public transport je.. so duit yang sepatutnya buat bayar kereta tu, kita 'delay' kan dan invest tempat lain dulu..


Info Klik Link Di Bawah
BAGAMAINA NAK BERMULA?TEKAN SINI..


💥SHARE JIKA BERMANFAAT

Klik Link Untuk Tahu Lebih Mendalam Tentang Bisnes + Kewangan+Hartanah
👉🏻 CHANNEL INFO



#UmairahFazli
#Kewangan
#Hartanah
#ASBF

Tiada ulasan: