ASSET VS LIABILITI

Assalamualaikum..

Harini saya ingin berkongsi sedikit mengenai liabiliti dan aset. Sedikit perkongsian tentang perbezaannya. 😊😊

ASSET VS LIABILITI
•••••••••••••••••••••

Ramai dalam kalangan kita tidak dapat membezakan antara aset dan liabiliti. Kekadang ada yang salah erti dengan menyatakan sesuatu liabiliti itu adalah aset.
πŸ‘‰ASET

Makna yang mudah difahami tentang aset ialah sesuatu benda atau perkara yang kita miliki boleh menjanakan pendapatan. Erti kata lain, sesuatu perkara yang membawa masuk duit ke dalam poket kita.
Beberapa contoh aset yang boleh menjana pendapatan kepada diri kita iaitu:
1. Aset Insan
- Kemahiran
- Ilmu
- Kebolehan
2. Aset Kertas/Pelaburan
- Akaun Simpanan
- Simpanan Tetap
- Unit Amanah
- KWSP
- Stock market
- Bond
- Mutual Fund
3. Real Estate (Hartanah)
- Tanah-tanah ladang/sawah
- Rumah-rumah sewa/rumah kedai
4. Perniagaan
5. Royalti
- Patern sesuatu rekabentuk
- Lagu
- Filem
- Buku
Tetapi, perlu diingatkan ada juga Aset yang tiada mendatangkan/menjana pendapatan seperti rumah yang kita diami, kereta yang kita miliki, rumah percutian yang dibeli (unless kita buat Homestay). Malah, kita perlu mengeluarkan kewangan kita untuk penyelenggaraan, cukai dan sebagainya.
πŸ‘‰LIABILITI

Manakala maksud yang mudah tentang liabiliti ialah sesuatu perkara yang belaku yang boleh menyusutkan duit simpanan kita. Erti kata lain, sesuatu perkara yang mana duit keluar dari poket kita. Liabiliti boleh mengurangkan pendapatan kita dengan banyaknya. Untuk mencapai kebebasan kewangan, kita perlulah melangsaikan segala liabiliti secepat mungkin. 
Sekiranya kita masih mempunyai liabiliti yang banyak sebagai contoh hutang, maka kita terpaksa membayar faedah hutang tersebut. Lebih lama kita mengekalkan liabiliti, maka semakin berkuranglah simpanan kita. Ini terjadi apabila kita gagal untuk menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding caj faedah yang perlu dibayar.
Berikut ada beberapa contoh liabiliti yang kita ada:
1. Hutang
- Hutang kad kredit
- Hutang kereta
- Hutang peribadi dan lain-lain hutang
2. Cukai
- Cukai Tanah
- Cukai Pintu
- Cukai Perniagaan
- Cukai Pendapatan
- Cukai Jalan (untuk kenderaan)
3. Penyelengaraan (maintenance)
- Penyelengaraan Kereta/Rumah
- Rumah-rumah sewa/rumah kedai
Suatu perkara yang perlu kita tahu tentang liabiliti yang mana kita menyangkakan ia sebagai aset seperti rumah yg kita tinggal atau kereta yang kita gunakan adalah liabiliti. 
Ramai anak muda memiliki nafsu berbelanja yang tinggi apabila sudah bekerjaya, kerana mereka sudah memiliki pendapatan sendiri dan boleh hidup berdikari.
Tetapi harus diingat perjalanan masih lagi jauh dan panjang, banyak lilu-liku kehidupan dan cabaran kewangan yang bakal anda hadapi. Sebaiknya perlu mengatur rangka dan strategi yang terbaik untuk masa depan yang lebih selesa tanpa dibelenggu masalah keberhutangan.
Saya bagi contoh, situasi di bawah antara Aaron & Aziz bukan nama sebenar.
*sumber google*
ASSET VS LIABILITI
====================
Aaron membuat pembiayaan kereta Honda installment bulanan RM1,073
Katakan jumlah yang telah dibayar untuk 5 tahun berjumlah :
RM1,073 x 60 Bulan = RM64,380

Selepas 5 tahun, agak mustahil kalau saya katakan value kereta tersebut akan menjadi RM90,000.
Situasi kedua
==========
Aziz membuat pembiayaan ASB financing berjumlah 200k, installment bulanan RM1,073

Hasil simpanan secara konsisten selama 5 tahun berjumlah :
RM1,073 x 60 bulan = RM64,380

Tetapi sekiranya dibatalkan pembiayaan ASBF tersebut, pulangan yang bakal Ahmad perolehi akan lebih tinggi. Hasilnya RM93,590 termasuk total dividen dan pulangan surrender value.
***
Pilihan kita yang tentukan, sama ada nak hidup mewah di mata manusia ataupun nak hidup dalam jiwa yang tenang, Itu sebab kita perlu kenal pasti antara hutang baik dan hutang jahat.
Disclaimer: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASBF. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.
 Info

πŸ‘‰KLIK SINI

πŸ’₯SHARE JIKA BERMANFAAT
Klik Link Untuk Tahu Lebih Mendalam Tentang Bisnes + Kewangan+Hartanah
πŸ‘‰KLIK INFO

Jumpa lagi di entry akan datang..😊

Tiada ulasan: